|
HARI KELUARGA LANDAS 2007 - “SEJERNIH KASIH”
Hari Keluarga LANDAS tahun 2007 yang bertemakan “Sejernih Kasih” telah berlangsung pada 19 Ogos bertempat di Pasir Panjang Kuching Family Park.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib Bin Mahmud serta isteri, YABhg Datuk Amar Pn. Sri Hajjah Lailla Taib, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Tn. Haji Sudarsono Osman, para pegawai dan kakitangan serta keluarga .
Antara acara dan aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti Senamrobik, Cabutan Tiket bertuah, Teka Barang, Kasih Ibu, Ikatan Mesra Jiwa Parah, persembahan Tarian yang dijayakan oleh anak-anak kakitangan Jabatan Tanah dan Survei. Disamping itu, Anugerah Pendidikan Cemerlang juga diberikan kepada anak-anak kakitangan Jabatan Tanah dan Survei dari Ibu Pejabat dan Bahagian Kuching yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM turut diadakan. Acara simbolik dan kemuncak untuk majlis hari keluarga LANDAS pada hari tersebut adalah demonstrasi pengayuhan yang melibatkan pasukan Regatta Kelab LANDAS dan acara pemotongan reben serta permainan bot kawalan jauh. Acara pada hari tersebut berakhir kira-kira pukul 3 petang.
|
KOLEKSI ALBUM HARI KELUARGA LANDAS 2007 - “SEJERNIH KASIH”