MAJLIS PENUTUPAN SUKAN ANTARA SEKSYEN 2008

              Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah menganjurkan Sukan Antara Seksyen 2008 yang bermula dari 17.05.2008 hingga 28.06.2008. Sebanyak enam jenis sukan yang dipertandingkan iaitu Futsal, Snooker, Bowling, Badminton, Ping-Pong dan Bola Jaring. Pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada kakitangan Jabatan di Ibu Pejabat, Pejabat Bahagian Kuching dan Samarahan.

              Sehubungan dengan itu, satu majlis makan malam telah diadakan di Penview Inn, Kuching pada 4 Julai 2008 jam 7:00 malam, bersempena dengan Majlis Penutupan Sukan Antara Seksyen 2008 dan Malam Penghargaan atau lebih dikenali sebagai Thank You Dinner bagi semua Ahli Jawatankuasa yang telah terlibat dalam LANDAS GALA NITE. Aturcara yang telah diadakan pada majlis makan malam tersebut adalah  Pertandingan Landas Idol 2008, Kumang Landas 2008, sesi penyampaian hadiah untuk semua pemenang acara sukan yang dipertandingkan dan cabutan bertuah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Source by : Melllisa/Felix

Designed by : Suria Salem

Uploaded by : Suria Salem