Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Bahasa:   English  | Bahasa Malaysia
Cawangan KejuruteraanCawangan Kejuruteraan

Fungsi

  • Mencadang, merancang serta melaksanakan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia iaitu Skim Pembesaran Kampung/Skim Penempatan Semula, Pusat Perkhidmatan (Service Centre) dan Jalan Bandaran (Urban Road).
  • Bertanggungjawab menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan kepada State Development Executive Committee (SDEC) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mendapatkan kelulusan peruntukan.
  • Bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan kontrak pembinaan  bermula dari proses tender, pembinaan dan penyerahan projek kepada pihak berkuasa tempatan.
Tugas di peringkat Ibu Pejabat:-

  • menjalankan penyelidikan kejuruteraan, menyediakan garis panduan kejuruteraan dan reka bentuk projek bagi Jabatan;
  • Menyediakan dokumen tender, menjalankan tender, membuat penilaian tender, memantau kerja-kerja kejuruteraan dan untuk membuat syor bayaran untuk kerja yang dilakukan; dan
  • bertindak sebagai perantaraan untuk berhubung dengan JKR, majlis tempatan, Sesco dan agensi-agensi lain yang berkaitan seperti yang diperlukan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan.

Tugas di peringkat Pejabat Bahagian:-

  • Memproses pelan kejuruteraan dan kerja-kerja yang dijalankan oleh pemaju seperti yang disenaraikan dalam "The Land (Development Control) Ordinan";
  • menjalankan penyiasatan tapak awal sebelum cadangan projek pembangunan dikemukakan kepada Ibu Pejabat; dan
  • memantau kemajuan projek-projek pembangunan yang berterusan.