Font Size AAA
Bahasa:   English  | Bahasa Malaysia
Cawangan TanahCawangan Tanah

 

Pengenalan

Cawangan Tanah merupakan salah satu daripada Cawangan utama di Jabatan Tanah dan Survei. Ianya diketuai oleh Penolong Pengarah (Tanah).

Matlamat

  • Menyediakan khidmat nasihat dan perkhidmatan secara profesional kepada pelanggan dalaman dan juga orang awam;
  • Mentadbir dan menguruskan tanah secara efektif dan berkesan;
  • Mentadbir tanah selaras dengan keadaan semasa politik, sosial, perundangan dan ekonomi supaya ianya dapat digunakan dengan sebaiknya serta berkesan;
  • Menguruskan pemberimilikan tanah kerajaan supaya pemberimilikan tersebut memberi impak maksima kepada masyarakat secara menyeluruh;
  • Mengawalselia transaksi dan pendaftaran tanah; dan
  • Menghasil dan mengumpul pendapatan. 

Fungsi

1) Cawangan Pentadbiran Tanah

Fungsi utama Cawangan ini adalah untuk memproses permohonan tanah bagi tujuan pembangunan seperti komersial, industri, pertanian, perumahan, rekreasi pejabat, institusi dan lain-lain tujuan. 

Selain itu, ia juga bertanggungjawab untuk memproses permohonan kebenaran untuk berurusan (pindahmilik, cagaran, pajakan kecil), permohonan tukar guna syarat dan pecah bahagi, dan permohonan pembaharuan surat hakmilik.

2) Seksyen Hasil 

Seksyen ini bertanggungjawab mengutip bayaran cukai tanah, bayaran ansuran premium dan lain-lain bayaran berkaitan.

3) Seksyen Pendaftaran

Pendaftaran tanah di Sarawak adalah berdasarkan Torrens System yang diperkenalkan oleh Sir Robert Torrens,  Premier of South Australia yang ketiga.

Seksyen ini bertanggungjawab  untuk mendaftar suratcara seperti Memorandum of Transfer, Memorandum of Charge, Memorandum of Sublease, Memorandum of Surrender and Alienation, Memorandum of Surrender and Re-Alienation, surat hakmilik tanah baru, penggantian surat hakmilik tanah yang hilang dan sebagainya.

4) Seksyen Penyelesaian

Seksyen ini bertanggungjawab untuk mengadjudikasikan pemilikan tanah secara sistematik di bawah peruntukan Bahagian V Kanun Tanah Negeri (Cap 81).

Tanggungjawab:

(i) Untuk melakukan kerja ukur dan mendaftar semua tanah di Sarawak.

(ii) Untuk menyiasat hak-hak Buniputera kepada tanah yang dipegang di bawah hak adat Bumiputera dan mendaftar pemilikan ke atas tanah tersebut.

(iii) Untuk mengenal pasti tanah kerajaan tidak tertakluk kepada tuntutan hak adat Bumiputera untuk tujuan perancangan dan pembangunan.

(iv) Penggantian surat hakmilik Pra Kanun Tanah Negeri seperti Grant, Leases, Occupation Tickets, Rubber Garden Certificates dan Squatter's License;


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Cawangan Tanah,
Ibu Pejabat :082-445088 sambungan 8604; atau
Pejabat Bahagian berkaitan.