Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Bahasa:   English  | Bahasa Malaysia
Unit Perhubungan AwamUnit Perhubungan Awam

 

Pengenalan

Kerajaan Negeri Sarawak amat menitikberatkan tentang peranan perhubungan awam dalam menyampaikan dasar dan maklumat penting yang melibatkan kepentingan rakyat secara langsung dan tidak langsung dengan jelas dan tepat. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasi hasrat tersebut,  Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah menubuhkan Unit Perhubungan Awam pada 21 Februari 2000. Unit ini bertindak sebagai agen komunikasi utama Jabatan dalam menyebar maklumat yang tepat dan terkini mengenai Jabatan dan dasar tanah di Sarawak kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan juga masyarakat umum.

Objektif

  • Membina dan mengekalkan reputasi Jabatan  sebagai sebuah organisasi yang unggul dalam pentadbiran dan pengurusan tanah;
  • Menyebar dengan jelas dan tepat  mengenai perkhidmatan Jabatan yang profesional dan cemerlang dalam pentadbiran dan pengurusan tanah;
  • Menjalin hubungan kerjasama yang erat dan proaktif  dengan semua pihak yang berkepentingan, serta sentiasa prihatin dan peka kepada sebarang maklumbalas dan cadangan penambahbaikan.

Fungsi

  • Mengendalikan Perhubungan dengan pihak yang berkepentingan, pihak media dan masyarakat umum dalam menyebarkan maklumat terkini dan tepat mengenai Jabatan, aktiviti terkini, dasar tanah semasa, isu-isu pentadbiran dan pengurusan tanah;
  • Merancang, menyelaras dan menyedia bahan-bahan yang bersesuaian untuk aktiviti promosi dan publisiti Jabatan;
  • Sebagai Perhubungan Pelanggan Jabatan dalam urusan pengendalian aduan awam;
  • Menyelaras lawatan dari pihak luar seperti dari kenamaan / jabatan / agensi / pelajar ke Jabatan;
  • Mengurus dan menyelaras program / aktiviti rasmi dan tidak rasmi jabatan dan juga Kerajaan.

Aktiviti Utama



  • Merancang dan mengadakan Hari Bersama Pelanggan yang merangkumi sesi dialog, Majlis Penyampaian Warta Rizab Komunal Bumiputera, surat hakmilik tanah, cek pampasan dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL), pameran dan lain-lain setiap bahagian.
  • Membuat hebahan dan publisiti mengenai fungsi dan perkhidmatan Jabatan kepada pihak berkepentingan, media dan masyarakat menerusi surat khabar, radio dan televisyen.
  • Mengedar brosur dan poster mengenai fungsi dan perkhidmatan Jabatan semasa pameran, kaunter bergerak, dialog dan sebagainya.
  • Menyelaras aduan awam yang diterima Jabatan melalui telefon, surat, email, laman sesawang dan sistem aduan Talikhidmat.
  • Menyelaras aktiviti rasmi dan tidak rasmi jabatan serta lawatan dari pihak luar seperti dari kenamaan, jabatan, agensi, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain.

 


Maklumat lanjut sila hubungi:

Unit Perhubungan Awam
Ibu Pejabat : 6082 444 111 smbungan 82
11; atau
Pejabat Bahagian yang berkaitan.