Font Size AAA
Bahasa:   English  | Bahasa Malaysia
Pengurusan Sumber ManusiaPengurusan Sumber Manusia

 

Pengenalan

Cawangan ini telah ditubuhkan selaras dengan polisi Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan Cawangan Pembangunan Sumber Manusia di setiap Jabatan untuk mengendalikan urusan-urusan Sumber Manusia.


Objektif

  1. Untuk menguruskan dan membentuk sumber manusia secara efisyen bagi mencapai visi, misi dan objektif Jabatan amnya dan Perkhidmatan Awam umumnya.
  2. Untuk membentuk daya saing, kemampuan dan kelebihan yang tinggi melalui pembelajaran teratur secara komited, dan membudayakan pembelajaran kendiri di peringkat sumber manusia.


Fungsi

  1. Bertanggungjawab untuk mengkoordinasi, mengumpul dan menganjurkan kursus-kursus dalaman untuk semua peringkat kakitangan.
  2. Mengendalikan kursus-kursus teknikal yang berkaitan dengan fungsi dan peranan pelbagai cawangan dalam Jabatan.
  3. Mengendalikan kursus-kursus luaran yang diperlukan sepanjang tahun yang mana dirasakan perlu oleh Jabatan dan wajib untuk meningkatkan kemampuan dan pengetahuan kakitangan Jabatan.
  4. Mengendalikan seminar, bengkel, persidangan, pameran dan sebagainya.
  5. Mengumpul senarai pelatih / penceramah dalam Jabatan yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang berpengalaman.
  6. Mendapatkan pelatih/penceramah dan fasiliti luar jika keistimewaan tersebut diperlukan.


Aktiviti

    1. Latihan

    • Program The New You  3/2016 di Hotel Grand Margherita, Kuching
    2. Kualiti

    • Gotong-Royong EKSA             



Maklumat lanjut sila hubungi:
Cawangan Pembangunan Sumber Manusia
Ibu Pejabat: 6082 444 111 samb. 8402 / 8012