Font Size AAA
Language:   English  | Malay
Press Releases
PENGOREKAN/PEMINDAHAN BAHAN BATUAN TANPA KELULUSAN DIBAWAH SEKSYEN 32A KANUN TANAH NEGERI (BAB 81)
Posted on : 25 Jan 2017  Source of News: UNIT PERHUBUNGAN AWAM IBU PEJABAT, JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK
 

Pada 23 Januari 2017 (Isnin) kira-kira jam 1335 petang, Unit Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah berjaya mematahkan satu aktiviti pemindahan bahan pasir tanpa kelulusan yang dilakukan di kawasan Sungai Paloh, Abok, Sri Aman. Dalam operasi berkenaan, sebanyak dua (2) buah jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan telah disita sebagai bahan bukti.

Dalam satu lagi serbuan berasingan yang dibuat pada 24 Januari 2017 (Selasa) pada jam 1445 petang bertempat di Jalan Kidurong, Bintulu, dua (2) buah jentera berat turut disita sebagai bahan bukti atas kesalahan yang sama. Kedua-dua kejayaan ini adalah hasil daripada risikan awal yang telah dibuat oleh pihak JTS. Kesemua kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

Susulan itu, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan/pemindahan bahan batuan ini adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei yang berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan.

Orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan aktiviti ini kepada Jabatan melalui talian 082-444111 (Ibu Pejabat) atau perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau membuat panggilan ke nombor 555999.