Font Size AAA
Language:   English  | Malay
Press Releases
OP Highway 8
Posted on : 27 Feb 2017  Source of News: UNIT PERHUBUNGAN AWAM JABATAN TANAH DAN SURVEI, SARAWAK
 

Bagi memastikan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo bagi pakej “Sematan to Sungai Moyan Bridge” sepanjang lebih kurang 91 kilometer dapat dibuat mengikut jadual, maka operasi pengosongan jajaran yang dikenali sebagai “Op Highway 8” sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Operasi ini telah telah dilaksanakan secara bersepadu di antara Jabatan Tanah dan Survei (JTS), bersama dengan Unit Keselamatan Negeri, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Kuching (JBALB), Lembaga Air Kuching (LAK), dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Sasaran utama operasi pada kali ini adalah untuk mengalihkan bangunan-bangunan kediaman dan struktur bukan kediaman yang masih belum dikosongkan atau dibuka dalam jajaran ini memandangkan tempoh pemindahan yang diberikan telahpun tamat. Segala bayaran pampasan/ex-gratia kepada mereka yang layak juga telah dibuat oleh Kerajaan.

Operasi seumpama ini adalah merupakan langkah terakhir yang terpaksa dilakukan oleh Kerajaan bagi memastikan projek yang akan memberi manfaat pembangunan kepada semua rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Susulan itu, mana-mana pihak yang terpaksa dipindahkan untuk memberi laluan kepada projek ini adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan-arahan pengosongan yang dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.