Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Language:   English  | Malay
Kawasan yang kemungkinan terlibat dengan artifak purba di Bukit Maras, Santubong akan disiasat semula
Posted on : 23 Mar 2017  Source of News: Public Relations Unit Land and Survey Department, Headquarters Sarawak
 

Kenyataan akhbar ini dikeluarkan bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan dalam surat khabar The Borneo Post bertarikh 22 Mac 2017 berkenaan dengan Projek Skim Pembesaran Kampung Santubong yang berkemungkinan melibatkan kawasan tapak bersejarah.

Susulan kerisauan tersebut, Kerajaan telah mengarahkan Jabatan Muzium Sarawak menjalankan penyiasatan lebih lanjut di tapak berkenaan bagi menentukan sama ada terdapat artifak-artifak bersejarah di kawasan projek tersebut. Bagi membolehkan kerja-kerja penyiasatan dapat dijalankan, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah mengeluarkan arahan kepada kontraktor tersebut untuk memberhentikan kerja di lapangan berkuatkuasa pada 24 Mac 2017 (Jumaat) sehingga 31 Mac 2017.

Kerja penyiasatan oleh Jabatan Muzium Sarawak dijadualkan akan dimulakan pada 27 Mac 2017. Jabatan Muzium akan mengemukakan laporan daripada penyiasatan tersebut bagi menentukan tindakan selanjutnya kepada Kerajaan Negeri.