Font Size AAA
Language:  
slide_59a66606a40ce.jpgslide_595ee74fcebad.pngslide_59254368a04cd.jpgslide_591aabe5b9a16.png

CONTACT US
(6082) 444 111
Director of Lands and Surveys,
6th Floor, Menara Pelita,
Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,  93050 Kuching Malaysia.
Fax: (6082) 441 714 | Email: landsurvey[at]sarawak[dot]gov[dot]my
rss  
feedback 
qrcode
Last Update: 14 Dec 2017
RE: LSD rapped for the way it dismantled private property
Posted on : 28 Apr 2017  Source of News: UNIT PERHUBUNGAN AWAM JABATAN TANAH DAN SURVEI, SARAWAK
 

Merujuk kepada laporan akhbar yang telah disiarkan seperti di atas:

1. Untuk makluman, kilang perabot milik Encik Richard Umin Ak Umpang yang terletak di Batu 27 Jalan Sibu- Bintulu terlibat dalam jajaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo dari Bulatan Lapangan Terbang Sibu ke Jambatan Sungai Kua. Siasatan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mendapati kilang perabot berkenaan telah dibina di atas Lot 105 Blok 25 Pasai Siong LD yang merupakan TANAH KERAJAAN BERDAFTAR dan sebahagiannya lagi dalam REZAB JALAN LAMA (TANAH KERAJAAN). Oleh yang demikian struktur bangunan berkenaan tidak dibayar sebarang pampasan. Beliau telah dimaklumkan berkenaan perkara ini melalui surat bertarikh 8 September, 2016.

2. Selanjutnya, Notis Pengosongan (NTQ) telah dikeluarkan pada 31 Januari, 2017. Encik Richard Umin juga turut bersetuju untuk membuka sendiri kilang tersebut pada atau sebelum 8 Mac, 2017 melalui “Undertaking Letter” yang beliau ditandatangani. Operasi penguatkuasaan telah diadakan pada 25 April, 2017 dimana kilang berkenaan telah diroboh. JTS tiada pilihan lain memandangkan Encik Richard Umin telah gagal untuk menepati komitmen yang beliau telah persetujui sebelum ini.
UNTUK SIARAN SEGERA

3. Tindakan yang telah diambil oleh jabatan ini adalah berlandaskan peruntukan undang-undang. Ruang dan masa yang secukupnya telah diberi kepada En. Richard Umin, oleh yang demikian sebarang kenyataan yang mempertikai tindakan perobohan yang telah diambil adalah amat dikesali.