Font Size AAA
Language:  
slide_59a66606a40ce.jpgslide_595ee74fcebad.pngslide_59254368a04cd.jpgslide_591aabe5b9a16.png

CONTACT US
(6082) 444 111
Director of Lands and Surveys,
6th Floor, Menara Pelita,
Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,  93050 Kuching Malaysia.
Fax: (6082) 441 714 | Email: landsurvey[at]sarawak[dot]gov[dot]my
rss  
feedback 
qrcode
Last Update: 14 Dec 2017
RE: Satu Malapetaka Lagi Menimpa Bako – Pengorekan Tanah Secara Haram
Posted on : 03 May 2017  Source of News: UNIT PERHUBUNGAN AWAM IBU PEJABAT, JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK
 

Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh akhbar “See Hua Daily” yang disiarkan pada 02 Mei 2017, Jabatan Tanah dan Survei ingin memberi penjelasan seperti berikut;

Kawasan yang dimaksudkan telah dikeluarkan dengan Lesen Memindah Tanah di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81) oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) ke atas sebidang tanah yang tertakluk kepada tuntutan Hak Adat Bumiputera (NCR). Kedudukan kawasan adalah terletak lebih kurang 2.5 km di luar kawasan yang diwartakan sebagai “Bako National Park” dan juga lebih kurang 50 meter di luar kawasan yang diwartakan sebagai “Bako Communal Forest Reserve”.

Aktiviti pemindahan tanah di kawasan ini adalah dipantau rapat oleh pihak JTS bagi memastikan setiap syarat lesen yang dikenakan adalah dipatuhi sepenuhnya. Selain itu, ianya turut dipantau oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) agar tiada pencerobohan yang berlaku ke dalam kawasan “Bako Communal Forest Reserve” serta Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) bagi pematuhan garis panduan penjagaan alam sekitar.

Dalam proses pengeluaran sesuatu lesen, JTS telah mengenakan syarat dan kriteria yang ketat. Dalam kes ini, kelulusan lesen hanya diberikan setelah kawasan tersebut disahkan tidak termasuk dalam kawasan “Bako National Park” atau “Bako Communal Forest Reserve” agar kawasan-kawasan tersebut sentiasa terlindung dan terpelihara.