Font Size AAA
Language:  
slide_59a66606a40ce.jpgslide_595ee74fcebad.pngslide_59254368a04cd.jpgslide_591aabe5b9a16.png

CONTACT US
(6082) 444 111
Director of Lands and Surveys,
6th Floor, Menara Pelita,
Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,  93050 Kuching Malaysia.
Fax: (6082) 441 714 | Email: landsurvey[at]sarawak[dot]gov[dot]my
rss  
feedback 
qrcode
Last Update: 14 Dec 2017
PENGOREKAN/PEMINDAHAN BAHAN BATUAN TANPA KELULUSAN DIBAWAH SEKSYEN 32A KANUN TANAH NEGERI (BAB 81)
Posted on : 22 Nov 2017
 

     Pada 21 November 2017 (Selasa) kira-kira jam 1415, Unit Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei telah berjaya mematahkan satu aktiviti pemindahan bahan tanah tanpa kelulusan di kawasan Sungai Maong, Kuching. Dalam operasi tersebut, tiga (3) buah jentera berat yang digunakan berserta dengan sejumlah bahan tanah telah disita sebagai bahan bukti. Aktiviti ini berjaya dikesan hasil daripada maklumat risikan lapangan yang telah dilaksanakan. Kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

     Susulan itu, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan/pemindahan bahan batuan ini adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei yang berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan.

     Orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan aktiviti ini kepada Jabatan melalui talian 082-444111 (Ibu Pejabat) atau perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau penggilan ke nombar 555999.