Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Language:   English  | Malay
Pengorekan/Pemindahan Bahan Tanah Tanpa Kelulusan Di Bawah Seksyen 32a Kanun Tanah Negeri (Bab 81)
Posted on : 23 Jan 2018
 

  Pada 20 dan 22 Januari 2018, Unit Penguat kuasa Jabatan Tanah dan Survei telah berjaya mematahkan beberapa aktiviti pemindahan bahan batuan tanah tanpa kelulusan  yang  dilakukan  di beberapa  lokasi  di  sekitar  Bahagian  Kuching  dan Betong.

  Dalam operasi yang dilaksanakan di Bahagian Kuching, sebanyak 2 buah jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan telah disita sebagai bahan bukti.

  Melalui serbuan berasingan di Bahagian Betong pula, 4 buah jentera berat turut disita atas kesalahan yang sama.

  Aktiviti  ini  dikesan  melalui  risikan  awal  serta  rondaan  yang  dilaksanakan  dan kesemua kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

  Susulan itu, orang ramai  yang ingin melakukan aktiviti pengorekan/pemindahan bahan batuan ini adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei yang berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguat kuasaan.

  Orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan aktiviti   ini kepada Jabatan melalui talian 082-444111 (Ibu Pejabat),perkhidmatan Talikhidmat  melalui laman sesawang

www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombar 082-555999.