Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Language:   English  | Malay
Pengorekan/Pemindahan Bahan Tanah Tanpa Kelulusan Di Bawah Seksyen 32a Kanun Tanah Negeri (Bab 81)
Posted on : 24 Jan 2018
 

  Pada 23 Januari 2018, Unit Penguat kuasa Jabatan Tanah dan Survei telah berjaya mematahkan aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan yang dilakukan di Bahagian Miri.

  Dalam operasi yang dilaksanakan, sebanyak 2 buah jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan telah disita sebagai bahan bukti.

  Aktiviti  ini berjaya dikesan hasil daripada rondaan yang dilaksanakan. Kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

  Susulan itu, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan/pemindahan bahan batuan ini adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei yang berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguat kuasaan. 

  Orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan aktiviti  ini kepada Jabatan melalui talian 082-444111 (Ibu Pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombar 082-555999.