Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Language:   English  | Malay
Bangunkan Pusat-Pusat Rekreasi Bagi Melonjak Industri Pelancongan
Posted on : 12 Jun 2018
 

  Merujuk kepada kenyataan akhbar yang disiarkan dalam akhbar “Utusan Borneo” bertarikh 12.06.2018, Jabatan Tanah dan Survei ingin memberi penjelasan seperti berikut;

  Tapak lapangan terbang lama yang terletak di kawasan Lutong yang kini dikenali sebagai Lot 1363, Blok 3 Miri Concession Land District, Miri telah dikeluarkan surat Hakmilik Tanah kepada sebuah syarikat tempatan pada 30.03.2017 untuk dibangunkan.

  Siasatan berhubung aduan mengenai pengorekan tanah di kawasan tersebut telah dijalankan dan didapati bahawa ianya merupakan kerja – kerja pembersihan tapak dan pengorekan parit oleh pemilik tanah berkenaan.