Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Language:   English  | Malay
ISU HAKISAN TAPAK PERKUBURAN ISLAM SERUAI, SPAOH
Posted on : 26 Jun 2018
 

  Merujuk kepada perkara yang melibatkan hakisan di tapak perkuburan Islam Seruai, Spaoh seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan pada 26hb Jun 2018, Jabatan Tanah dan Survei ingin menjelaskan beberapa fakta mengenai perkara tersebut.

  Isu hakisan yang melibatkan kawasan Tanah perkuburan sudahpun dibincangkan sejak tahun 2000 lagi. Lebih-lebih lagi dengan tapak Tanah perkuburan yang berada di tebingan sungai. Isu ini timbul malah sebelum operasi pengorekan pasir yang hanya bermula sekitar bulan Ogos 2017. Sebab itulah, sebagai langkah jangka panjang, Kerajaan telah mengenalpasti dan meluluskan kawasan perkuburan baharu di kawasan ini bersebelahan tapak perkuburan sedia ada yang dikenali sebagai lot 999 blok 13 Paku Land District .

  Pelesen yang diluluskan untuk aktiviti pengorekan pasir di kawasan ini telahpun memperolehi kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) daripada NREB dan pelesen juga disyaratkan menyediakan EMR (Environmental Monitoring Report) bagi tujuan pemantauan dan penilaian semula. Aktiviti ini dilakukan sejauh lebih satu (1) kilometer dari kawasan tapak perkuburan. Walau bagaimanapun, sebagai langkah kawalan dan siasatan terperinci ke atas isu ini, Jabatan Tanah dan Survei telahpun mengeluarkan arahan pemberhentian kerja serta merta kepada pelesen yang terlibat.