Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Language:   English  | Malay
Dasar Dan Prosedur Penjualan Bahan Batuan Dan Mineral Ke Luar Dari Negeri Sarawak
Posted on : 27 Jul 2018
 

Pada 24.07.2018, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah melakar sejarah apabila suatu persefahaman mengenai dasar dan prosedur kerja berhubung dengan penjualan bahan batuan dan mineral ke luar dari negeri Sarawak telah dimaterai bersama lapan belas (18) agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Upacara ini telah disempurnakan oleh semua agensi yang terlibat di hadapan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani di sebuah hotel terkemuka di Kuching, Sarawak.

  Dasar dan prosedur kerja ini telah dihasilkan di bawah projek “Key Focus Activity” (KFA) yang merupakan salah satu inisiatif di bawah lapan (8) bidang kritikal Pelan Tindakan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2010 – 2020 (SCS 10 – 20 Action Plan) yang bertujuan untuk mentransformasikan perkhidmatan Awam Negeri Sarawak bagi mencapai visi kerajaan ke arah “Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia” (A World Class Civil Service). “SCS 10 – 20 Action Plan” yang merupakan cetusan minda Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak sendiri telah mencapai banyak kejayaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

   Dasar dan prosedur yang bakal dikuatkuasakan mulai 01.08.2018 ini akan menjadikan proses penjualan bahan batuan dan mineral ke luar dari Negeri Sarawak lebih sistematik, efektif dan efisien. Selain itu, ianya juga akan membantu dalam mengawal aktiviti pengeksploitasian sumber alam sehingga boleh merosakkan alam sekitar disamping mengekalkan sumber asli yang mencukupi bagi kegunaan generasi masa hadapan.