Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Language:   English  | Malay
Calendar of Events
Glow-ry Run JTS 2018
 

Sempena sambutan ulang tahun ke-100, JTS akan menganjurkan aktiviti larian GLOW-RY RUN dengan jarak larian iaitu 5km. Larian ini adalah terbuka kepada semua orang ramai tanpa had umur dengan bertemakan "GLOW" iaitu bersinar dan mengambil konsep "glow in the dark" untuk para peserta pada malam tersebut.

Yuran Pendaftaran dikenakan sebanyak RM50 dan setiap peserta akan mendapat secara PERCUMA set pakej (Race Pack) iaitu baju, beg (boot bag), tuala muka dan gelang tangan (wristband) jenama PUMA.

Kuanter pendaftaran dan [borang penyertaan] boleh didapati di outlet Puma CityOne, LSC Sarawak Plaza, LSC Wisma Hopoh, LSC Kuching Senteral dan LSC Summer Mall serta boleh dimuat turun di portal laman web rasmi jabatan mulai tarikh sekarang sehingga ditutup pada 31 Mac 2018 jam 5 petang.

Pelbagai aktiviti berlangsung seperti persembahan musik, cabutan bertuah bernilai RM13,500 dan sesi bergambar bersama karaktor berpakaian DC Comic akan turut memeriahkan.

Race Pack hanya akan diberi kepada peserta pada tarikh 2 & 3 April 2018 (Isnin & Selasa) jam 10.00 pagi - 11.45 pagi & 2.15 petang - 4.30 petang, waktu rehat jam 12 tengahari - 2.00 petang bertempat di Hadapan LSC, Sarawak Plaza, Upper Ground Floor.


Let’s Fun & Run with us!


Date: 06 Apr 2018
Venue: Celebration Square ( Sarawak Stadium)
Organizer: Land and Survei Department Sarawak